My Resepi
Saturday, January 29, 2011
Rendang ayam kedah
Bahan-bahan ( 1 family... )
* 1 ekor ayam-dipotong2
* santan dari 2 biji kelapa
* 1 cawan kerisik
* 2 helai daun kunyit
* 3 helai daun limau purut
* 2 sudu besar gula merah
* garam dan serbuk perasa (jika suka)
* 2 sudu besar minyak sapi
* Bahan kisar:-
* @ 10 biji bawang merah
* @ 10 cm lengkuas
* @ 5 cm halia
* @ 3 cm kunyit hidup
* @ 5 batang serai
* @ 100 gm cili kering
* Rempah tumis:-
* # 2 cm kulit kayu manis
* # 2 kuntum bunga lawang
* # 5 biji cengkih
* # 5 biji buah pelaga
Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
3. Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing2..
Ayam kukus sos
Bahan-bahan ( utk sorang makan )
* 100 gm isi ayam (dipotong kecil2)
* 2 helai daun limau purut (dihiris nipis)
* 1 cili hidup (dihiris)
* sedikit capsicum (dipotong dadu)
* 1 bj bawang merah (dihiris)
* 2 bj bawang putih (dihiris)
* 2 s/b sos tiram
* 2 s/b sos tomato
* secubit garam
* 2 s/b air
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 di dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Kukus selama 10 minit kemudian buka kukusan dan kacau bahan2 ini. kemudian kukus semula selama 5 minit. boleh juga ditambah dengan udang
Kung pao Chicken
Bahan-bahan ( 4 orang )
* Bahan A
* 600 gm ayam
* tepung jagung
* garam
* Bahan B
* 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
* 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
* 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
* 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
* 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
* 3 sdm sos tiram
* 2 sdm cili sos
* 1/4 cwn air
* minyak utk menumis
* garam-jika perlu
* 2 inci halia - ditumbuk halus
Cara-cara
1. Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api....
Ayam masak merah
Bahan-bahan ( 4-5 org )
* 1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng)
* cili mesin(cili kering yang telah dimesin bersama bawang putih dan bawang merah..sy guna lbih kurg dlm 2@3 senduk nasi)
* 1/2 botol sos tomato (sy guna Aminah Hassan..lbih sedap) klu suke rase tomato lbih leh letak lebih
* bahan utk menumis:
* 3 ulas bawang putih (diketuk)
* 2 ulas bawang kecil (ditumbuk kasar)
* 1 inch halia (diketuk)
* 2 btg serai (diketuk)
* 1 kulit kayu manis
* 1 sudu kecil buah pelaga
* sedikit gula dan garam
* sdikit daun bawang ditabur utk hiasan
* Minyak utk menumis
* 1 cawan air (utk kuah)
* 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
* buah tomato atau nenas (optional klu suke)
Cara-cara
1. Mula2 ayam td di goreng dahulu. Setelah abis digoreng, ketepikan.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.
3. Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
4. Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suke kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak2 la yer..ikut sedap..
5. Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suke, boleh jugak masukkn nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.
6. Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur daun bawang di atasnye. Siap utk dimakan....
Deep Fried Chicken Nugget
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
* 2-3 ketul ayam tanpa tulang-dipotong kiub
* Bahan perap:-
* @ 3 sudu besar soya sos (jun guna kicap cair)
* @ 2 in halia-diparut
* @ 2 ulas bawang putih-diparut
* @ sedikit serbuk lada hitam
* @ sedikit garam
* Bahan salut:-
* # 2 sudu besar tepung jagung
* # 2 sudu besar tepung gandum
* Minyak untuk goreng terendam
Cara-cara
1. Gaul ayam dengan semua bahan perap dan biarkan selama 30min.
2. Campurkan tepung jagung dan tepung gandum.
3. Golekkan ayam kedalam campuran tepung dan goreng hingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
Ayam masak palembang
Bahan-bahan ( 1 family )
* 4 senduk nasi bawang besar (kisar)
* 2 senduk nasi bawang putih (kisar)
* 2 senduk nasi cili kering (kisar)
* 1 inci halia (kisar)
* 1/2 kilo santan
* 5 batang serai (dititik)
* 6 tangkai daun kari
* kicap (kalo boleh kicap manis)
* 1 ekor ayam
Cara-cara
1. perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih
2. tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. biarkan garing dan naik bau
3. masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
4. masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).
5. masak sampai empuk dan angkat
Tag
Rendang Ayam
Bahan-bahan ( satu family )
* 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
* Bahan2 digiling:-
* @ 10 ulas bawang merah
* @ 4 ulas bawang putih
* @ 15 biji cili api
* @ 15 tangkai cili kering
* @ 1 inci halia
* @ 1 inci lengkuas
* @ 1/2 inci kunyit hidup
* 2 batang serai dititik
* 2 helai daun kunyit dihiris halus
* 4 helai daun limau purut dihiris kasar
* 4 cawan santan pekat
* 4 sudu besar kerisik
* Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Cara-cara
1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
Subscribe to:
Posts (Atom)