Saturday, January 29, 2011

Kaki ayam bersama cendawan cina


Bahan-bahan ( 4 )

* 500 gm kaki ayam
* 20 kuntum cendawan cina (direndam until soft)
* 1 bunjut sup / perkakas sup
* 1 sudu kecil kicap pekat
* 2-3 sudu besar kicap cair
* 2 -3 sudu besar sos tiram
* 5 biji telur ayam (direbus sehingga masak keras)
* 1/2 inch halia

Cara-cara

1. panaskan air kedalam periuk.apabila air mendidih, masukkan kaki ayam n biarkan selama beberapa minit. kemudian tuskan kaki ayam dan buang air rebusan tadi.( proses ini dilakukan untuk mencuci kekotoran pada kaki ayam)
2. masukkan kaki ayam kedalam periuk, tambahkan air sehingga menutupi kaki ayam.kemudian masukkan halia,sup bunjut, sos tiram,kicap cair n kicap pekat sesuai rasa.(kalau boleh guna kicap n sos tiram cina yang bertanda halal). kalau tawar boleh ditambahkan garam sesuai rasa juga
3. setelah itu boleh lah di masukkan cendawan cina n renehkan.
4. apabila kaki ayam sudah lembut masukkan telur yg telah dikupas kedalam sup tadi.kepandaian kita mengadunkan campuran kicap n sos tiram akan menghasilkan warna kulit telur pada telur ayam ini.
5. apabila kaki ayam n cendawan sudah benar-benar lembut bolehlah diangkat. biasanya bila sudah masak,kuah sup akan pekat n tinggal sedikit sahaja
6. masakan ini mengambil masa yang panjang untuk memastikan kaki ayam benar-benar lembut. selain itu agak rumit untuk memastikan adunan kicap n sos tiram dalam mendapatkan warna yang cantik pada telur.jangan gunakan kicap pekat terlalu banyak kerana ia boleh menghasilkan rasa pahit.jika tidak suka kaki ayam bolehlah digantikan dengan drumstick or wing.biasanya saya campurkan sekali dengan kaki ayam.kawan saya selalu masak resepi ini untuk saya n saya hampir tidak dapat mengenali telur yang belum dimasak dan yang telah dimasak kerana warnanya seakan akan sama.

No comments:

Post a Comment